free web stats Tips Penjagaan Rambut Ikal Mayang Agar Kekal Sihat dan Cantik – Zing Velom

Tips Penjagaan Rambut Ikal Mayang Agar Kekal Sihat dan Cantik

Rambut ikal mayang adalah antara jenis rambut yang paling cantik khususnya buat kaum hawa.

Wanita dengan rambut jenis ini sering disebut dalam lagu kerana keindahannya yang unik dan tidak jemu mata memandang.

Apa perbezaan rambut ikal mayang dengan rambut kerinting?

Rambut sebegini bermula secara lurus dari kulit kepala dan beralun pada hujungnya.

Sesetengah wanita juga tidak kisah untuk dapatkan rawatan di salon demi mendapatkan rambut ikal.

Sumber : Makazo Hair Salon

Rambut kerinting pula biasanya bersifat lebih tebal dan mempunyai alun berbentuk huruf S atau Z bermula dari kulit kepala sehingga ke hujung.

Adakah anda berambut ikal mayang dan ingin tahu cara penjagaan rambut yang terbaik? Ayuh ikuti perkongsian dari kami.

Tips Penjagaan Rambut Ikal Mayang

1. Beri Ruang Untuk Rambut Bernafas

Sebagai wanita Muslim, anda mungkin sudah terbiasa mengenakan hijab seharian di tempat kerja atau ketika keluar.

Setibanya anda di rumah, pastikan rambut anda dilepaskan supaya rambut boleh bernafas.

Cara ini juga dapat mengelakkan masalah rambut kepam dan berbau.

2. Amalkan Penggunaan Hair Mask

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan kelebihan hair mask.

Berbanding conditioner rambut, hair mask dapat kekal dengan lebih lama pada permukaan rambut.

Ini dapat membantu anda mengekalkan kelembapan rambut, mengurangkan masalah rambut mengerbang, menguatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut sihat.

Anda juga boleh DIY hair mask sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa, yogurt dan minyak zaitun.

rambut ikal mayang
Sumber : Klinik Ayu Jelita Estetik

3. Urut Kulit Kepala Sebelum Tidur

Mengurut kulit kepala sebelum tidur memberi banyak kelebihan khususnya untuk rambut ikal mayang, antaranya merangsang peredaran darah di kulit kepala yang membantu pertumbuhan rambut lebih sihat dan kuat.

Bukan itu sahaja, malah ia dapat membantu meleraikan kekusutan rambut serta membantu mengagihkan minyak semula jadi dari kulit kepala ke hujung rambut, menjadikan rambut ikal lebih lembut, berkilau, serta kurang kering dan bercabang.

Pada masa yang sama, rutin ini dapat membantu menenangkan minda, sekaligus memperbaiki kualiti tidur, yang turut menyumbang kepada kesihatan rambut secara keseluruhan.

4. Kurangkan Penggunaan Hair Dryer

Sumber : handryersuk.co.uk

Penggunaan hair dyer secara kerap perlu dikurangkan untuk rambut ikal mayang kerana haba berlebihan boleh merosakkan struktur semula jadi rambut, menjadikannya kering, rapuh, dan mudah putus.

Rambut ikal yang sememangnya lebih kering dan sensitif berbanding rambut lurus mudah kehilangan kelembapan apabila terdedah kepada haba, sekali gus menghilangkan alunan dan bentuk ikal yang cantik.

Oleh itu, anda perlulah elakkan penggunaan hair dryer demi rambut ikal lebih sihat dan terurus.

Anda juga boleh gunakan hair thermal spray bagi melindungi rambut daripada haba yang panas daripada hair dryer.

5. Gunakan Air Suam Atau Air Sejuk Untuk Cuci Rambut

Air yang terlalu panas boleh membuatkan rambut lebih kering, kusut dan cenderung untuk hilang minyak semula jadi yang sihat.

Gunakanlah air sejuk atau air suam semasa mencuci rambut ikal mayang membantu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan kekusutan, kerana ia menutup kutikel rambut yang terbuka ketika dicuci. Ini menjadikan rambut lebih licin, berkilau, dan kurang terdedah kepada kerosakan.

6. Gunakan Sikat Kayu Bergigi Jarang

Pemilihan sikat juga penting untuk kekalkan struktur rambut ikal mayang yang cantik. Sikat terbaik untuk penjagaan rambut ikal mayang ialah sikat bergigi jarang (wide-tooth comb) kerana ia dapat membantu meleraikan rambut tanpa merosakkan bentuk ikal.

Selain dapat mencegah rambut patah, sikat jenis ini turut mengatasi tarikan rambut berlebihan.

Ini membuatkan ia sesuai digunakan pada rambut basah atau lembap.

Anda juga digalakkan untuk menggunakan sikat yang diperbuat daripada kayu kerana ia dapat mengurangkan penghasilan statik dan membantu mengagihkan minyak semula jadi rambut dengan lebih baik.

Elakkan penggunaan sikat halus atau berus rambut biasa yang boleh merosakkan corak ikal dan menyebabkan rambut kusut serta bercabang.

rambut ikal mayang
Sumber : Kriya Botanicals

Kesimpulannya, rambut ikal mayang memerlukan penjagaan yang baik agar kekal cantik dan sihat.

Amalan seperti mengurut kulit kepala sebelum tidur, mengurangkan penggunaan alat haba, mencuci dengan air sejuk, dan penggunaan sikat yang sesuai boleh membantu melindungi struktur ikal semula jadi serta mengelakkan rambut menjadi kering dan rosak.

Dengan rutin yang konsisten dan pemilihan teknik yang sesuai, rambut ikal akan kekal lembut, terurus, dan tampil menawan setiap hari.

Sumber : Berita Harian, Facebook Klinik Ayu Jelita Klasik, florida.academy.edu, beautyinsider.my, American Academy of Dermatology Associations

Baca Juga : 28 Idea Style Rambut Perempuan – Panjang, Pendek, Layer, Korea, Muka Chubby / Bulat

About admin