Kalau anda tengah cari port lepak baru di sekitar Bukit Bintang, anda boleh masukkan Space & Time Cube dalam senarai.
Ia merupakan antara tarikan terbaru di ibu kota yang mengetengahkan konsep hiburan digital berteknologi tinggi.
Walaupun baru je dibuka pada hujung Mei 2025, tapi ramai yang dah pergi dan viralkan tempat ni di TikTok dan Instagram.
Jangan sampai ketinggalan, jom terokai lebih lanjut apa yang menarik sangat tentang Space & Time Cube Isetan Malaysia ni!
BACA JUGA: Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)
Space & Time Cube Isetan Malaysia
Space & Time Cube Isetan adalah sebuah pusat hiburan digital yang menggabungkan teknologi 3D tanpa kacamata (naked-eye 3D), realiti maya dan pawagam fantasi dalam satu ruang interaktif.
Ia baru sahaja dibuka pada 31 Mei 2025 yang lalu, bertempat di Level 3, Isetan The Japan Store, Lot 10, Bukit Bintang.

Tempat ini direka untuk membawa pengunjung “mengembara” ke dimensi baru, merasai dunia fantasi dan menikmati visual imersif yang jarang ditemui di Malaysia.
Dengan pelbagai zon interaktif, Space & Time Cube membolehkan anda merasai pengalaman visual yang mendidik, kreatif dan menghiburkan.

Waktu Operasi & Lokasi
Space & Time Cube beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Lokasinya terletak di Level 3, Isetan @ Lot 10 The Japan Store, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Sangat berdekatan dengan stesen monorel Bukit Bintang dan mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT.
Anda juga boleh memandu sendiri kerana kawasan ini menyediakan kemudahan parking yang luas.
Harga Tiket Masuk
Space & Time Cube menawarkan beberapa pilihan pakej tiket masuk mengikut kategori:
- Dewasa: RM98 (promosi masa terhad: RM78 untuk pemegang MyKad, RM88 untuk bukan MyKad)
- Kanak-kanak: RM78 (promosi masa terhad: RM58 untuk pemegang MyKad, RM68 untuk bukan MyKad)
- OKU & Warga emas: RM58
- Fantasy Cinema: RM25 (dewasa), RM20 (kanak-kanak) – beli satu tiket boleh tonton dua filem
- VR World – Rebuild Panorama: RM55 (promosi masa terhad RM45)

NOTA: Tiket boleh dibeli secara terus di lokasi.Jangan lupa semak info terkini di media sosial mereka untuk dapatkan harga promosi.
Tarikan Utama Space & Time Cube Isetan
Space & Time Cube menampilkan pelbagai aktiviti dan zon interaktif yang anda boleh cuba, antaranya ialah:
1. Fantasy Cinema
Kalau anda nak pengalaman menonton filem lain daripada yang lain, anda boleh cuba tarikan utama di Space & Time Cube Isetan ini, iaitu Fantasy Cinema.
Di sini, pengalaman menonton filem dibawa ke tahap baru dengan penggunaan teknologi visual berdefinisi tinggi yang membolehkan anda “masuk” terus ke dalam dunia filem.
Bayangkan anda bukan sekadar tengok, tapi turut merasai babak-babak filem tu seolah-olah berada dalam dimensi yang sama!
Apa yang menariknya, satu tiket Fantasy Cinema ni boleh digunakan untuk dua orang. Memang sangat berbaloi.
2. VR World
Tarikan popular seterusnya ialah VR World: Rebuild Panorama. Anda perlu pakai satu set kepala khas dan dibawa ke dunia maya yang seolah-olah benar-benar wujud.
Setiap perincian direka dengan sangat teliti. Dari pencahayaan, suasana hinggalah ke interaksi visual yang membuatkan anda rasa macam betul-betul berada di tempat tersebut. Tarikan ini sesuai untuk semua peringkat umur.

3. Teknologi Immersive 3D & Naked-Eye 3D
Satu lagi tarikan yang menjadikan Space & Time Cube Isetan sangat istimewa ialah penggunaan teknologi Immersive 3D dan Naked-Eye 3D.
Visual yang dipaparkan sangat realistik. Memang macam betul-betul ada depan mata tau.
Selain jadi spot menarik untuk bergambar atau merakam video pendek, teknologi ni juga membuka mata kita terhadap potensi seni digital.

4. Aktiviti Interaktif & Ruang Bergambar
Setiap sudut di Space & Time Cube direka untuk interaksi dan spot mengambil gambar.
Anda boleh berinteraksi dengan pelbagai instalasi seni digital dan mengambil gambar OOTD yang menarik untuk dikongsi di media sosial.

5. Lokasi Strategik & Mesra Keluarga
Terletak di Level 3, Isetan @ Lot 10 The Japan Store, lokasi ini mudah diakses dengan pengangkutan awam dan menyediakan kemudahan mesra keluarga.
Terdapat juga harga tiket istimewa untuk pemegang MyKad, kanak-kanak, warga emas dan OKU, menjadikan ia inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
BACA JUGA: 10+ Muzium dan Galeri di KL 2025 – Weekend Getaway!
Kemudahan, Parking dan Lain-lain
Space & Time Cube menyediakan pelbagai kemudahan seperti ruang menunggu yang selesa, tandas, serta akses mesra OKU.
Lokasinya di Isetan @ Lot 10 juga memudahkan anda untuk menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman selepas kunjungan.
Terdapat parking tersedia di Lot 10 dengan kadar bayaran tertentu dan akses mudah sama ada melalui lif atau eskalator.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui info terkini dan maklumat lanjut mengenai Space & Time Cube Isetan Malaysia, adna boleh layari/hubungi:
- Facebook Space & Time Cube+ Malaysia
- Instagram @spacetimecube.my
Rancang lawatan anda hari ini dan alami sendiri dunia fantasi serta realiti maya yang tiada tandingan di Space & Time Cube Isetan Malaysia!