free web stats Sos Kewpie : Kandungan Kalori dan Jenis Yang Popular di Pasaran – Zing Velom

Sos Kewpie : Kandungan Kalori dan Jenis Yang Popular di Pasaran

Sos Kewpie merupakan jenama sos penambah rasa atau ‘dressing’ dari Jepun yang popular di pasaran.

Ia juga sering disarankan bagi yang ingin berdiet namun ingin menambah rasa yang menarik dalam makanan khususnya salad dan menu berkhasiat yang direbus atau dipanggang.

Selain dijadikan sos salad, ia juga boleh dijadikan pencicah dan sos perapan.

Namun, makanan apakah yang sesuai untuk dipadankan bersama sos-sos ini dan bagaimana pula dengan rasanya?

Di sini kami ingin kongsikan beberapa informasi yang anda wajib tahu mengenai Kewpie Sauce sebelum membeli.

Ayuh kita semak bersama-sama.  

1. Kewpie Sesame Soy Sauce

Pernah cuba kicap dengan aroma bijan? Semestinya membuka selera dan menjadikan hidangan anda lebih menarik.

Sos ini sesuai untuk dijadikan bahan perapan atau dipadankan bersama salad dan makanan laut seperti ikan.

Kandungan : Minyak kacang soya, kicap soya dan bijan.

Jumlah Kalori : 27 kcal dalam setiap hidangan (15ml)

2. Kewpie Hot Spicy

Bagi yang sukakan rasa pedas, Kewpie Hot Spicy adalah pilihan terbaik buat anda. Ia menawarkan rasa pedas yang kick, manis dan masam yang seimbang dalam hidangan.

Selain untuk salad, sos ini juga boleh dijadikan bahan perapan untuk hidangan bakar dan goreng tanpa minyak.

Kandungan : Minyak kacang soya, telur, cuka, sos tomato dan serbuk cili.

Jumlah Kalori : 43 kcal dalam setiap hidangan (15ml)

3. Kewpie Roasted Sesame Yuzu Taste

Sos Roasted Sesame Yuzu mempunyai rasa gabungan bijan yang berkrim dan beraroma serta diimbangi dengan rasa masam dan segar daripada buah yuzu.

Ia mencetuskan kombinasi rasa lemak, manis, masam, dan sedikit pahit yang sangat menyelerakan.

Cukup sesuai untuk digunakan sebagai sos salad, pencicah, atau perapan.

Kandungan : Minyak kacang soya, telur, bijan panggang, perisa yuzu

Jumlah Kalori : 57 kcal dalam setiap hidangan (15ml)

Sumber : food.com
4. Kewpie Thousand Island

Sos Kewpie Thousand Island pula sesuai untuk anda yang sukakan rasa sos yang tidak terlalu masam, namun tetap menyegarkan.

Berasaskan bahan seperti jeruk sayuran dan puri mangga, sos ini menawarkan rasa manis, berkrim, masam dan sedikit berempah.

Ia sesuai untuk digunakan sebagai sos salad, sapuan untuk sandwich serta sebagai pencicah ringkas buat kudapan seperti kentang goreng atau makanan laut.

Kandungan : Minyak kacang soya, cuka, jeruk sayuran, puri mangga.

Jumlah Kalori : 59 kcal dalam setiap hidangan (15 ml)

5. Kewpie Caesar

sos kewpie

Kewpie Caesar Dressing bebas MSG namun kaya dengan rasa keju parmesan dan cheddar serta aroma bawang putih. Cukup sesuai untuk anda yang sukakan rasa yang lebih berlemak dan cheesy.

Ia bukan sahaja sesuai untuk hidangan ringan seperti salad dan kentang goreng, malah ia juga sesuai untuk dinikmati bersama hidangan berat seperti makanan laut, ayam panggang dan hidangan bergoreng seperti tempura.

Kandungan : Minyak kacang soya, telur, cuka, serbuk keju

Jumlah Kalori : 60 kcal dalam setiap hidangan (15ml)

6. Kewpie Roasted Sesame

sos kewpie

Sos Kewpie Roasted Sesame adalah salah satu sos Kewpie yang paling popular di pasaran.

Dengan kombinasi rasa berkrim dan beraroma bijan, ia memberikan sentuhan yang unik dalam setiap hidangan.

Seperti kebanyakan dressing sauce Kewpie yang lain, sos ini sesuai untuk dijadikan penambah rasa dalam salad, pencicah serta bahan perapan.

Lebih unik lagi, sos ini juga digemari oleh pencinta masakan steamboat.

Kandungan : Minyak kacang soya, telur, bijan panggang, mustard

Jumlah Kalori : 63 kcal dalam setiap hidangan (15ml)

Sos Kewpie Yang Mana Sesuai Untuk Salad?

sos kewpie
Sumber : Facebook Diet Suku Suku Separuh

Boleh dikatakan semua jenis sos Kewpie sesuai untuk dipadankan bersama salad. Ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Sesetengah sos mempunyai rasa yang lebih ringan seperti Sesame Soy Sauce dan Roasted Sesame Yuzu.

Pada masa yang sama, Sos Caesar dan Roasted Sesame pula mempunyai rasa yang lebih lemak dan berkrim.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat mengikut citarasa dan keperluan dalam masakan.

Walau apapun jenis sos yang dipilih, anda haruslah berpada-pada ketika meletakkan sos ini dalam hidangan. Jangan pula sehingga melebihi keperluan kalori tambahan, ya!

Sumber : kewpie.com

Baca Juga : 10 Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus – Saranan KKM

About admin