free web stats Sofyank : Biodata, Keluarga, Karier & Pencapaian – Zing Velom

Sofyank : Biodata, Keluarga, Karier & Pencapaian

Jika anda pengguna tegar sosial media atau seorang kaki siber, pastinya anda pernah mendengar nama Sofyank, yang merupakan seorang personaliti media sosial dan pencipta kandungan digital terkenal dari Malaysia. 

Beliau yang sangat berbakat dalam bidang perekaan dan penyuntingan video telah menghasilkan video-video hebat yang mampu menaikkan nama beliau, bukan sahaja di Malaysia tapi sehingga ke luar negara. 

Berikut kami kongsikan serba sedikit berkenaan figura hebat yang menjadi idola anak-anak muda masa kini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini. 

Biodata Penuh Sofyank

Berikut merupakan biodata penuh Sofyank atau nama penuhnya Muhammad Sofian Bin Abdullah, untuk makluman bersama:

  • Nama penuh: Muhammad Sofian bin Abdullah
  • Tarikh lahir: 30 November 1996
  • Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Umur: 28 tahun (2025)
  • Pekerjaan: Pencipta kandungan digital, pereka video kesan khas
  • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang perakaunan
  • Pasangan: Nabilah binti Ramli 
  • Anak: Mempunyai seorang anak perempuan (Nur Alayna Sofea) 

Latar Belakang Keluarga 

Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian bin Abdullah merupakan anak kelahiran negeri Kelantan. Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1996,  merupakan anak ke lapan dari sebelas beradik.

Pada tahun 2022, setelah beberapa tahun menjadi pempengaruh, beliau telah selamat dinikahkan dengan gadis pilihan beliau yang bernama, Nabilah Ramli. Perkahwinan ini merupakan hasil setelah tujuh tahun perkenalan mereka. 

Pada tahun 11 Disember 2023, Sofyank sah menjadi bapa, selepas isterinya, Nabilah Ramli, selamat melahirkan anak perempuan mereka, yang diberi nama, Nur Alayna Sofea Binti Muhammad Sofian. Kini, Alayna sudah pun berusia hampir dua tahun. 

sofyank

Baca juga: KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025

Sejarah Permulaan Karier 

Untuk pengetahuan anda, figura bernama Muhammad Sofian Abdullah ini, tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam sebarang bidang berkaitan penyuntingan video atau perekaciptaan kandungan digital, sebaliknya, beliau merupakan pelajar lepasan bidang perakaunan. 

Namun begitu, kerana minat beliau pada seorang pempengaruh terkenal yang bernama Zach King, Sofyank mula meminati dan mempelajari cara-cara menyunting dan merekacipta kandungan digital seawal usia 14 tahun. Pada tahun 2015, beliau telah menghasilkan sebanyak 200 video di laman sosial media beliau. 

Nama Sofyank ini semakin meningkat naik dalam kalangan pengguna sosial media di Malaysia, apabila beliau dapat bertemu Zach King, dan dari pertemuan ini, karier beliau sebagai perekacipta kandungan digital semakin bertapak kukuh. 

Nama beliau, yang sebelum ini hanya dikenali di Malaysia telah berkembang luas apabila beliau mula bekerjasama dengan figura-figura terkenal dari Malaysia dan luar negara seperti Ryan Reynolds dan Will Smith.

Terbaru ini, sofyank mengumumkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan artis Hollywood terkenal iaitu Tom Cruise, sempena filem terbaru Tom Cruise, Mission Impossible: The Final Reckoning, yang telah mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Mei yang lepas.

sofyank

Pencapaian Sofyank

Sejak beberapa tahun yang lepas, Sofyank telah menerima dan tercalon dalam pelbagai anugerah. Antaranya ialah Anugerah MeleTOP Era 2020, Anugerah TikTok Malaysia bagi tahun 2024 dan sebagainya. 

Beliau juga, telah mengharumkan nama negara kita apabila memenangi pertandingan Ultimate VFX Challenge di Los Angele, California. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar buat beliau.

Sofyank terus mengukir nama sebagai salah seorang pencipta kandungan digital paling berpengaruh di Malaysia dengan pengaruh global yang semakin berkembang.

Media Sosial Sofyank

Bagi anda yang baru sahaja mengenali pempengaruh hebat ini, anda boleh mengikuti laman rasmi media sosial beliau untuk mengikuti perkembangan beliau:

About admin