free web stats Program Madani Rakyat Perak 2025 – Zon Utara [13 – 15 Jun] – Zing Velom

Program Madani Rakyat Perak 2025 – Zon Utara [13 – 15 Jun]

Program MADANI Rakyat Perak 2025 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. 

Program ini diperluaskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi membolehkan masyarakat setempat turut serta dalam memahami, meneliti dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI demi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Program MADANI Rakyat Perak 2025.

Baca juga: Program Madani Rakyat Johor 2025 – Zon Selatan [23 – 25 May 2025]

Siaran Media Program MADANI Rakyat Perak 2025

Pengenalan Program MADANI Rakyat Perak 2025

Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak bakal membuka tirainya dengan pengisian yang lebih menyeluruh dan menyentuh pelbagai lapisan masyarakat.

Bertempat di Lumut Waterfront, program ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 dan menjanjikan kelainan melalui penganjuran beberapa program satelit melibatkan komuniti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), nelayan serta aktiviti keagamaan.

PMR 2025 kali ini turut memberi penekanan kepada peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin dasar pembangunan negara.

Penekanan ini disalurkan menerusi pengisian berkaitan penyelidikan, inovasi dan pemikiran kritikal yang selari dengan tema “Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI”.

Program ini merupakan hasil anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku sekretariat induk, dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri Perak sebagai tuan rumah.

Tarikh & Tempat

  • Tarikh: 13 – 15 Jun 2025
  • Tempat: Lumut Waterfront, Perak
  • Waktu:
    • Jumaat & Sabtu: 9 pagi – 10 malam
    • Ahad: Majlis Perasmian Penutupan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Selain itu, program lanjutan seperti Kenduri Rakyat MADANI bersama warga TLDM akan diadakan pada 16 Jun, manakala aktiviti keagamaan di Felcra Gugusan Lekir dijadualkan pada 20 hingga 21 Jun.

Komuniti nelayan di Kampung Datuk Seri Kamarudin pula akan terlibat dalam satu lagi program satelit khas pada 21 Jun.

Baca juga: Baucar Buku MADANI 2025 – Semakan & Penebusan

Tarikan & Program Diadakan

PMR 2025 Perak menawarkan pelbagai tarikan menarik dan pengisian bermanfaat untuk semua peringkat umur, antaranya:

  • Program Satelit Khas:
    • Kenduri Rakyat MADANI bersama warga TLDM
    • Aktiviti bersama komuniti nelayan
    • Program keagamaan di kawasan Felcra
  • Fokus Pendidikan Tinggi & TVET:
    • Pameran ekosistem pendidikan tinggi negara
    • Peluang maklumat sambung belajar untuk calon SPM dan STPM
    • Pemeriksaan motor percuma oleh pelajar politeknik TVET
  • Kaunter Perkhidmatan Bergerak:
    • Penyertaan pelbagai kementerian, agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan
    • Reruai pembangunan negeri di bawah agenda Perak Sejahtera 2030
  • Aktiviti Lain:
    • Sesi bersama pemimpin negara
    • Inisiatif kesejahteraan komuniti
    • Perkhidmatan terus kepada rakyat
    • Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh GLC

Program MADANI Rakyat Perak 2025 bukan sahaja menjadi wadah penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, malah memperkukuh usaha membudayakan ilmu, memperluas akses pendidikan, dan mengangkat martabat rakyat selaras dengan aspirasi Rakyat MADANI.

PROGRAM YANG DIJALANKAN

Program Madani Rakyat Perak

Program Madani Rakyat Perak

Program Madani Rakyat Perak

Penutupan dan Lencongan Jalan

HEBAHAN PENUTUPAN DAN LENCONGAN JALAN DALAM DAERAH MANJUNG SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

PDRM daerah Manjung akan membuat penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat mulai 8 Jun 2025 sehingga selesai sempena Program MADANI Rakyat 2025 Perak yang akan diadakan di Dataran Lumut pada 13 hingga 15 Jun 2025.

Maklumat Lanjut

Jika anda berada di sekitar Perak, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam PMR 2025 ini – program yang menyatukan perkhidmatan, ilmu dan rakyat dalam satu platform yang inklusif dan penuh manfaat.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Program Madani Rakyat Perak, sila layari laman web rasmi MADANI Malaysia. Atau, ikuti FACEBOOK rasmi Malaysia MADANI.

About admin