Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru sahaja selesai melakukan undian Pemilihan Keadilan 2025. Undian ini, merupakan pemilihan kepimpinan pertama sejak presiden PKR, iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan kedua selepas PKR menjadi parti pemerintah.
Walaupun anda tidak terlibat dalam aktiviti undian atau tidak menyokong langsung PKR, maklumat berkenaan undian ini sangat penting, kerana ia boleh menjadi penentu masa hadapan politik negara kita, Malaysia.
Oleh itu, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi berkenaan pemilihan kepimpinan baharu bagi PKR sesi 2025-2028.
Pemilihan Keadilan 2025
Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2025-2028 telah berlangsung dari 16 Mac 2025 sehingga 23 Mei 2025, bertujuan bagi memilih kepimpinan baharu di peringkat pusat dan cabang parti tersebut.
Pemilihan Keadilan 2025 ini menjadi yang pertama selepas Datuk Sri Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden PKR pada tahun sebelumnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan yang kedua sejak PKR menjadi parti pemerintah.
Proses pengundian hanya melibatkan ahli perwakilan tertentu, dengan jumlah kelayakan mengundi melebihi 20,000 orang, setiap bahagian parti diwakili oleh kira-kira 12 ahli perwakilan untuk menjimatkan masa dan usaha sambil mengekalkan prinsip demokrasi dalam pemilihan pimpinan PKR.

Presiden PKR 2025-2028
Untuk pengetahuan anda, bagi Pemilihan Keadilan PKR sesi 2025 hingga 2028, jawatan Presiden, telah dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan presiden PKR sebelum ini.
Keputusan ini telah diumumkan oleh Pengurusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Seri Dr. Zaliha, pada Kongres Nasional PKR yang baru sahaja diadakan. Kemenangan ini diperoleh bersih kerana, tidak ada calon lain yang mencalonkan diri mereka untuk bersaing bagi jawatan presiden parti itu.
Oleh hal yang demikian secara rasminya, parti PKR akan dipimpin oleh Anwar Ibrahim sehingga tahun 2028. Untuk pengetahuan anda, beliau telah memegang jawatan ini sejak 2018 lagi.

Timbalan Presiden 2025 – 2028
Selain, jawatan presiden parti, jawatan yang paling hangat diperbincangkan dalam kalangan rakyat dan pengikut parti adalah jawatan timbalan presiden parti. Hal ini demikian kerana, pada sesi kali ini, calon yang bertanding kedua-duanya merupakan calon kuat parti PKR.
Calon pertama yang bertanding adalah mantan timbalan presiden parti pada sesi lepas dan juga merupakan Menteri Ekonomi Malaysia, iaitu Rafizi Ramli. Manakala, calon kedua yang bertanding pula merupakan anak kepada presiden parti PKR sendiri iaitu Nurul Izzah Anwar.

Kedua-dua mereka bertanding sengit dengan Rafizi membawa tema ‘HIRUK’ (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) dan Nurul Izzah membawa tema ‘DAMAI’ (Dari Akar Membina Aspirasi Inklusif) dalam kempen mereka masing-masing.
Pertarungan sengit di antara dua orang besar parti ini telah berlansung dari 16 Mac 2025 sehingga 23 Mei 2025. Pada tarikh akhir Pemilihan Keadilan 2025, Nurul Izzah Anwar telah diumumkan sebagai Timbalan Presiden parti dengan undian sebanyak 9,803 mengalahkan Rafizi Ramli (3,866 undian).
Keputusan Pemilihan Keadilan 2025
Berikut merupakan senarai penuh calon yang telah memenangi Pemilihan Keadilan 2025. Calon-calon inilah yang akan bertugas dalam PKR sehingga sesi seterusnya:
- Presiden
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Timbalan Presiden
- Nurul Izzah Anwar
- Naib Presiden
- Datuk Amirudin Shari
- R. Ramanan
- Datuk Seri Aminuddin Harun
- Chang Lih Kang
- Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
- Fahmi Fadzil
- Adam Adli Abdul Halim
- Chan Ming Kai
- R. Gunarajah
- Azlan Helmi
- Dr. Maszlee Malik
- Goh Choon Aik
- Nurin Aina
- Elizabeth Wong Keat Ping
- Abang Zulkifli Abang Engkeh
- Siti Aishah Shaik Ismail
- Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad
- Akmal Nasrullah Mohd. Nasir
- Amidi Abdul Manan
- Lee Chean Chung
- Azam Karap
- Syed Ibrahim Syed Noh
- A. Kumarasan
- Sim Chon Siang
- G. Sivamalar
- Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
- Muhammad Kamil Abdul Munim
- Timbalan Ketua AMK
- Izuan Kasim
- Naib Ketua AMK Pusat
- Nabil Halimi
- Dr. Mohammed Taufiq Johari
- Chiew Choon Man
- Ketua Wanita Pusat
- Dr. Fadhlina Sidek
- Timbalan Ketua Wanita Pusat
- Juwairiya Zulkifli
- Naib Ketua Wanita Pusat
- Rozana Zainal Abidin
- Loh Ker Chean
- Rufinah Pengeran
