free web stats Nurul Izzah Anwar: Biodata, Pendidikan & Kerjaya – Zing Velom

Nurul Izzah Anwar: Biodata, Pendidikan & Kerjaya

Nurul Izzah Anwar merupakan antara figura politik yang tidak asing di Malaysia kerana beliau merupakan salah seorang anak kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Nama beliau kini hangat kerana bertanding sebagai calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat menentang Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Namun, apakah latar belakang, pendidikan dan kerja beliau?

Siapakah Nurul Izzah Anwar?

Nurul Izzah Anwar merupakan seorang ahli politik Malaysia yang dilahirkan pada 19 November 1980 dan anak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Nurul Izzah merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat dan merupakan mantan Ahli Parlimen (MP) kawasan Permatang Pauh.

Beliau memulakan kerjaya politiknya pada 1999 yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Parti Keadilan Rakyat.

Selain itu juga, pada awal karier politiknya, beliau merupakan antara individu utama dalam menuntut pembebasan ayahnya ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan bermula pada tahun 1998.

Kemudiannya, beliau menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal di Lembah Pantai dan Permatang Pauh serta aktif dengan parti sehingga hari ini.

Biodata Nurul Izzah

Nama Penuh Nurul Izzah Anwar
Tarikh Lahir 19 November 1980
Tempat Lahir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pendidikan – Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
– Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.
-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
– Ijazah Sarjana School of Advanced International Studies Universiti Johns Hopkins dalam bidang Perhubungan Antarabangsa
Kerjaya – Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008-2013) (2013-2018)
– Ahli Parlimen Permatang Pauh (2018-2022)
– Pengerusi Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (ACFIN)
– Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan
Jawatan Politik – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2014-2018) (2022-kini)
– Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang, Kedah & Perlis (2022)
– Ketua Cabang Permatang Pauh (2018-kini)
Media Sosial – Facebook : Nurul Izzah Anwar
– Instagram : n_izzah
– Tik Tok: n_izzah_anwar

Kehidupan Peribadi & Keluarga

Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah telah berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Ahmad Harith namun telah bercerai pada Januari 2015.

Beliau kemudiannya berkahwin semula dengan Yin Shao Loong dan mempunyai seorang anak tiri daripada perkahwinan terdahulu iaitu Yin Yu Zhou.

Latar Pendidikan

Beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Kemudiannya, di peringkat menengah, beliau telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.

Kemudiannya, sebelum terlibat dalam politik, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada tahun 2003.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan memperoleh Ijazah Sarjana dari School of Advanced International Studies di Universiti Johns Hopkins dalam bidang Perhubungan Antarabangsa.

Pengalaman Kerjaya

Kerjaya politik Nurul Izzah bermula dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 1999 yang mana beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan parti tersebut.

Kemudian, setelah beliau menamatkan pengajian di peringkat tinggi, beliau telah bertanding di Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 menentang bekas Menteri Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Penyertaan kali pertama beliau untuk bertanding dalam pilihan raya berjaya membuahkan hasil apabila berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti 2,895.

Beliau kemudiannya berjaya mempertahankan kerusi ini untuk penggal kedua pada tahun 2013 dengan majoriti 1,847 undi dengan mengalahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Kemudiannya, beliau teah berpindah untuk bertanding di Permatang Pauh pada tahun 2018 dan berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti 15,668 undi.

Namun, beliau gagal mempertahankan kerusi ini pada 2022 apabila tewas dengan majoriti 5,272 undi kepada calon Perikatan Nasional, Ustaz Fawwaz Md Jan.

Dalam parti pula, beliau mula memegang jawatan di dalam parti pada 2014 apabila dipilih sebagai Naib Presiden parti tersebut.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden pada 2018 sebelum kembali ke jawatan tersebut pada 2022.

Kini, beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden bagi penggal kepimpinan seterusnya.

Dalam kerajaan, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (ACFIN) bersama Tan Sri Hassan Marican sejak Februari 2023 serta dilantik sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Ekonomi dan Kewangan namun telah meletakkan jawatan.

Isu Tumpuan

Nurul Izzah dikenali dalam usahanya membasmi kemiskinan menerusi penerbitan laporan baharu mengenai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) yang dilaksanakan bersama Prof Dr. Fatimah Kari.

Indeks tersebut melangkaui faktor ekonomi dan mempertimbangkan aspek sosial, politik dan alam sekitar dalam memberikan penilaian yang menyeluruh dengan memasukkan dimensi seperti pemerkasaan wanita dan kelestarian alam sekitar.

Ini sebagai pendekatan menyeluruh bagi membina semula kehidupan selepas konflik, mengutamakan kesejahteraan semua individu, terutamanya wanita.

Indeks ini kemudiannya diserahkan kepada Menteri Ekonomi pada ketika itu iaitu Dato’Sri Mustapa Mohamed dan bersetuju untuk merombak metodologi MPI kebangsaan sebagai tindak balas kepada kajian itu.

Selain itu, beliau juga merupakan antara figura yang lantang dalam isu-isu melibatkan Palestin dan konsisten menyatakan solidariti dengan perjuangan Palestin menuntut kebebasan.

Beliau bersama The Malaysian Parliament Caucus for Palestine menyerahkan nota bantahan berhubung konflik di Gaza kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di ibu negara yang mengandungi tandatangan daripada 38 Ahli Parlimen, 30 NGO, dan aktivis politik.

Penutup

Nurul Izzah merupakan antara figura politik yang popular dan sering menjadi perhatian masyarakat umum.

Selain beliau dikenali sebagai anak Perdana Menteri, beliau juga dikenali dalam perjuangan nasib rakyat Palestin dan juga membasmi kemiskinan.

Sumber:

Baca juga: Azizan Osman – Biodata, Kelulusan & Isu Richworks

About admin