free web stats Hidung Mancung: Jenis Hidung & Cara Mancungkan Hidung – Zing Velom

Hidung Mancung: Jenis Hidung & Cara Mancungkan Hidung

Sesetengah individu mempunyai obsesi untuk mendapatkan hidung mancung agar kelihatan cantik atau tampan.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah mereka yang ingin mendapatkan keadaan hidung tersebut membuat pelbagai usaha seperti pembedahan dan sebagainya.

Namun, adalah penting untuk mengetahui jenis hidung anda terlebih dahulu sebelum mendapatkan hidung yang dikatakan mancung.

Mengenai Hidung Mancung

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, mancung didefinisikan sebagai makin kecil ke hujung, lancip, runcing.

Ini bermakna, hidung yang mancung ialah hidung yang semakin kecik ke hujung dan mempunyai bentuk yang cantik.

Bentuk hidung ini adalah antara satu nilai kecantikan yang ingin dimiliki oleh ramai individu tanpa mengira sama ada lelaki atau perempuan.

Jenis Hidung

Terdapat jenis-jenis hidung manusia iaitu:

1- Roman

Roman mempunyai batang hidung yang sedikit melengkung ke bawah yang menampakkan lebih menonjol.

Mereka yang mempunyai bentuk hidung ini sering dikaitkan dengan keperibadian yang dominan dan kuat.

2. Nubian

Mempunyai batang hidung yang panjang dan hujung hidung yang sedikit melebar.

Hidung jenis ini sering dikaitkan dengan keturunan Afrika dan beberapa populasi Asia Barat.

3- Akuilin

Hidung ini berbentuk lurus sempurna dan terletak pada sudut hampir 90 darjah.

Mereka yang mempunyai hidung seperti itu biasanya menarik dan dianggap mendominasi dan berfikiran perniagaan.

4- Button 

Jenis ini bersaiz kecil dengan hujung yang sedikit bulat.

Mereka yang mempunyai bentuk hidung ini sering dianggap sebagai salah satu bentuk hidung yang comel dan menarik, terutama dalam kalangan wanita.

5- Pesek

Jenis hidung memiliki ciri-ciri melebar di bahagian hujungnya dengan lubang hidung yang dapat dilihat dari depan.

6- Greek

Hidung ini mempunyai batang hidung yang lurus dengan nostril yang kecil.

Mereka yang memiliki hidung ini sering dikaitkan dengan seorang yang bijak, berfikiran logik dan boleh diharap.

Cara Mendapatkan Hidung Mancung

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan bentuk hidung sedemikian iaitu:

i- Pembedahan Plastik

Pembedahan plastik pada hidung boleh dilakukan dan terdapat dua kaedah utama iaitu rhinoplasty dan septoplasty.

Rhinoplasty boleh menukar saiz bentuk atau bahagian hidung dan boleh dilakukan untuk memperbaiki kecacatan yang berlaku akibat daripada kecederaan.

Septoplasty pula adalah pembedahan untuk meningkatkan pernafasan dengan meluruskan dinding di dalam hidung yang membahagi saluran hidung ke sebelah kanan dan kiri.

ii- Suntikan Dermal

Untuk mendapatkan bentuk hidung ini, mereka boleh menyuntik hyaluronic acid atau calcium hydroxylapatite ke dalam hidung.

Ia akan membuat hidung tampak lebih kurus dan lurus dalam masa yang agak panjang selepas beberapa kali prosedur.

iii- Solekan Hidung

Untuk menampakkan hidung lebih bancung, gunakan bronzer untuk menggariskan bahagian sisi hidung dengan tona yang lebih gelap daripada kulit.

Haluskan bahagian tengah hidung dengan menggunakan matte highlighter bagi membuat ia lebih menyerlah.

Kemudian, gunakan beauty blender untuk membuat hidung kelihatan sedikit mancung berbanding sebelumnya.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai hidung mancung, sila layari https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/hidung/tips-hidung-mancung/.

Baca juga: Kanser Lidah: Simptom, Punca & Kaedah Rawatan

    About admin