free web stats Bacaan Gula Normal Mengikut Umur : Panduan Lengkap – Zing Velom

Bacaan Gula Normal Mengikut Umur : Panduan Lengkap

Apakah bacaan gula normal mengikut umur yang boleh anda jadikan panduan?

Tahap gula dalam darah adalah penting untuk diagnosis dan pengurusan diabetes. Tubuh anda memerlukan glukosa dalam darah untuk tenaga, tetapi bacaan gula yang tidak terkawal sama ada terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia) boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika tidak dikawal.

Mengesan awal, mencegah, dan mengurus masalah glukosa dengan baik bergantung pada pemahaman tentang tahap normal gula dalam darah mengikut usia dan gaya hidup.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih lanjut berkenaan bacaan gula normal mengikut umur.

Baca juga: Gula Perang : Khasiat dan Kegunannya Dalam Masakan

Bacaan Gula Normal Mengikut Umur

Tahap gula dalam darah cenderung berubah mengikut usia, gaya hidup, dan status kesihatan. Seiring bertambahnya usia, keupayaan badan untuk mengawal gula dalam darah boleh berubah, meningkatkan risiko gula darah tinggi (hiperglisemia) atau gula darah rendah (hipoglisemia).

Berikut adalah carta umum yang menunjukkan tahap gula dalam darah normal bagi pelbagai kumpulan umur:

Kumpulan Umur Tahap Gula dalam Darah Semasa Berpuasa (mg/dL) Tahap Gula dalam Darah Selepas Makan (mg/dL)
0 – 5 tahun 80-180 Lebih dari 200
6 – 12 tahun 80-180 Lebih dari 180
Remaja (13 – 19 tahun) 70-150 90-180
Dewasa (20 – 39 tahun) 70-99 90-140
Dewasa (40 – 59 tahun) 70-100 90-140
Warga Emas (60 ke atas) 80-120 90-150
bacaan gula normal mengikut umur
Sumber : WebMD

Bacaan Gula Normal Semasa Puasa

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara purata, nilai normal glukosa darah puasa adalah antara 70 mg/dL hingga 100 mg/dL. Sementara itu, berdasarkan cadangan WHO pada tahun 2006, tahap glukosa plasma selepas 2 jam dianggarkan lebih daripada atau sama dengan 200 mg/dL.

Berikut adalah tahap normal gula dalam darah secara purata ketika sedang berpuasa :

Kumpulan Tahap Gula dalam Darah Semasa Berpuasa (mg/dL) Selepas Makan 2 Jam Selepas Makan
Normal 70 – 100 170 – 200 < 140
Pra-Diabetes 101 – 126 190 – 230 140 – 200
Diabetes > 126 230 – 300 > 200
bacaan gula normal mengikut umur
Sumber : Medical Care, PLLC

Bacaan Gula dalam Darah Normal untuk Individu Sihat

Menurut Persatuan Diabetes Amerika (ADA) dan Institut Nasional Diabetes, Pencernaan, dan Penyakit Buah Pinggang (NIDDK), tahap gula dalam darah yang normal bagi individu sihat tanpa diabetes, apabila diuji menggunakan ujian HbA1c, adalah kurang daripada 5.7%.

Berdasarkan garis panduan ADA, tahap glukosa darah normal dalam mg/dL bagi individu sihat tanpa diabetes adalah seperti yang ditunjukkan dalam carta di bawah.

Keadaan Tahap Gula dalam Darah (mg/dL)
Berpuasa (awal pagi, perut masih kosong) < 100 
1 jam selepas makan 90 – 130
2 jam selepas makan 90 – 110
Lebih 5 jam selepas makan 70 – 90

Baca juga: Nama Lain Gula dan Tips Kawal Pengambilan Gula (KKM)

Bacaan Gula dalam Darah Normal untuk Pesakit Diabetes

Tahap gula dalam darah berubah sepanjang hari. Oleh itu, ia perlu dipantau dengan teliti dan secara berkala, terutamanya jika anda menghidap diabetes.

Menurut ADA dan NIDDK tahap gula dalam darah yang normal bagi pesakit diabetes apabila diuji menggunakan ujian HbA1c adalah 6.5% atau lebih. Berikut adalah tahap gula dalam darah bagi individu yang menghidap diabetes mengikut usia:

Umur Tahap Gula Dalam Darah Semasa Berpuasa (mg/dL) Tahap Gula Dalam Darah Selepas Makan (mg/dL) Tahap Gula Dalam Darah 1-2 jam Selepas Makan (mg/dL) Tahap Gula Dalam Darah Sebelum Tidur (mg/dL)
Bawah 6 tahun 80 – 180 100 – 180 ~ 180 110 – 200
6 – 12 tahun 80 – 180 90 – 180 Lebih dari 140 100 – 180
13 – 19 tahun 70 – 150 90 – 130 Lebih dari 140 90 – 150
20 tahun ke atas < 100 70 – 130 < 180 100 – 140

Bacaan Gula dalam Darah Normal untuk Wanita Hamil yang Menghidap Diabetes

Tahap gula dalam darah berubah semasa kehamilan. Ini bermaksud bahawa bagi dua wanita diabetes dengan usia yang sama, nilai normal gula dalam darah bagi wanita hamil akan berbeza daripada wanita yang tidak hamil.

Tahap gula dalam darah yang normal bagi wanita hamil yang menghidap diabetes adalah seperti berikut:

Keadaan Tahap Gula Dalam Darah yang Normal (mg/dL)
Berpuasa 60-99
Sebelum makan < 99
1 – 2 jam selepas makan < 129
Sebelum tidur 100 – 140
Sumber : The Diabetes Council

Kesimpulannya, memahami bagaimana tahap gula dalam darah berubah mengikut usia adalah penting untuk pencegahan dan kawalan diabetes serta pelbagai gangguan metabolik lain.

Pastikan tahap glukosa anda kekal sihat dengan memeriksa tahap gula secara berkala, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam, dan mendapatkan bimbingan daripada pakar kesihatan.

Dengan maklumat ini, anda dapat merancang usaha untuk mencapai kesejahteraan dan umur yang lebih panjang dengan mengawal risiko diabetes sejak awal atau menghalang perkembangannya.

Rujukan:

  1. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases
  2. American Diabetes Association
  3. WebMD

About admin