Azizan Osman adalah salah satu ikon paling berpengaruh dalam dunia keusahawanan di Malaysia. Beliau merupakan pengasas RichWorks International, sebuah syarikat latihan dan konsultasi perniagaan sejak tahun 2008.
Sebagai pengasas RichWorks International, beliau telah membantu lebih 1.7 juta individu dan perniagaan untuk mencapai kejayaan luar biasa.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai sosok Azizan Osman.
Siapa Azizan Osman?
Azizan Osman atau juga dikenali sebagai Datuk Wira Dr. Azizan bin Osman terkenal sebagai mentor, jurulatih kejayaan dan pakar strategi pemasaran yang berjaya membimbing ramai individu serta membina ribuan usahawan jutawan di Malaysia dan rantau ini.

Azizan memulakan kerjaya dalam dunia korporat sebagai wakil broker saham sebelum meneruskan pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran di Appco Group, salah satu syarikat pemasaran terbesar dunia.
Pengalaman peribadi beliau yang pernah berdepan krisis kewangan menjadi pencetus kepada misi membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar daripada masalah kewangan melalui ilmu keusahawanan.

Selain kejayaan dalam bidang latihan dan pembangunan usahawan, Azizan juga merupakan pemegang saham utama dan ahli lembaga pengarah syarikat tersenarai awam, ManagePay System Berhad (MPay), serta aktif dalam pelbagai pelaburan strategik termasuk sektor teknologi dan pendidikan.
Kepakaran dan sumbangannya diiktiraf melalui pelbagai anugerah termasuk World Class Credential Master Coach dari International Coach Guild Australia.
BACA JUGA: Heliza Helmi – Biodata, Kerjaya & Fakta Menarik
Biodata Azizan Osman
Nama Penuh: Datuk Wira Dr. Azizan bin Osman |
Tarikh Lahir: 14 November 1974 |
Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan |
Pendidikan: Ph.D. dalam Pengurusan Perniagaan dari Asia e University |
Kerjaya: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif RichWorks International |
Pendidikan: – Sekolah Rendah: SJKC Pontian, Johor & Sekolah Agama Johor – Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Cina (Swasta) Pay Fong, Melaka – Diploma Analisis Pelaburan, UiTM Johor – Ijazah Sarjana (MScM), University of Salford, Manchester, UK – PhD, Asia e University (Malaysia) – Chartered Management Accountant (CIMA, UK) – Fellowship Chartered in Marketing (FCIM, UK) – Pernah mengikuti program di Kellogg School of Management (Northwestern University, USA) & Columbia Business School (USA) |
Anugerah & Pengiktirafan: – Chairman’s International Platinum Award (Appco Group) – World Class Credential Master Coach, International Coach Guild Australia – Dilantik sebagai Profesor di Innovative University College (IUC) pada Disember 2024 |
Instagram: @azizanosmanofficial |
Kehidupan Peribadi & Keluarga
Azizan Osman merupakan suami dan bapa yang sentiasa menzahirkan penghargaan serta kasih sayang kepada isteri dan anak-anaknya.
Dalam beberapa perkongsian di media sosial, Azizan sering memuat naik gambar serta ucapan penuh makna buat keluarga, menzahirkan rasa syukur dan cinta terhadap mereka.
Pada tahun 2021, Azizan dan keluarganya diuji dengan cabaran besar apabila beliau bersama 31 ahli keluarga lain disahkan positif COVID-19. Ujian ini sangat berat buat mereka apabila ibu mentua Azizan meninggal dunia akibat wabak tersebut.
Azizan sendiri pernah hampir kehilangan nyawa ketika menjalani rawatan di hospital. Pengalaman getir ini banyak mengubah perspektif hidupnya dan menjadikan beliau lebih menghargai setiap detik bersama keluarga.
Selain itu, Azizan juga sering berkongsi tentang peranan penting isteri dan anak-anak dalam memberi sokongan moral serta menjadi sumber inspirasi utama dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.
Beliau mengagumi kekuatan wanita-wanita dalam hidupnya terutamanya isteri dan anak perempuan seperti yang dikongsikan dalam beberapa hantaran di Instagram.
BACA JUGA: Mahadi BZ – Biodata, Kerjaya & Isu Scammer
Kelulusan
Azizan telah bergiat dengan pelbagai aktiviti keusahawan sepanjang hidup beliau. Sejak dari usia remaja, beliau telah mula berniaga apa sahaja yang ada di tangan dari bilik asrama kolej beliau.
Beliau melalui pendidikan asas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga di Sekolah Agama. Keduanya menjadi teras kepada pembentukan asas perjalanan bisnes Azizan dan menjadi teras hidup beliau.

Beliau kemudiannya menyambung pembelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor dalam Diploma Analisis Pelaburan.
Kemudian, beliau terus menyambung pelajaran di sepanjang kerjaya beliau dengan meneruskan pembelajaran di dalam ijazah sarjana dan kedoktoran.
Azizan mendaftar untuk beberapa program ijazah sarjana dan kedoktoran tahun demi tahun untuk mengikuti perkembangan teknologi dan dunia perniagaan yang berkembang yang membantunya memperoleh maklumat yang luas, meningkatkan kerjaya, pengetahuan dan pengalaman profesionalnya.
Beliau telah melanjutkan pelajarannya di:
- Salford Business School, University of Salford, Manchester, UK
- Kellogg School of Management, Northwestern University, USA
- Columbia Business School, Columbia University, New York, USA
- Southwestern State University, Kursk, Russia
- Asia e University, Malaysia
Azizan Osman & Isu Richworks
1. Isu Dalaman dan Saman Bekas Rakan Kongsi
Pada Mei 2025, Azizan Osman berdepan isu besar apabila Zafrol Rizal Mat, bekas rakan kongsi yang juga pengasas bersama RichWorks International Sdn. Bhd. (RASB), memfailkan saman sebanyak RM24 juta terhadap beliau dan dua lagi pengarah syarikat.
Saman ini melibatkan tuntutan ganti rugi serta aset syarikat dan antara dakwaan utama ialah Azizan didakwa masih mempunyai pengaruh serta kawalan penuh ke atas syarikat walaupun telah meletakkan jawatan sebagai pengarah sejak Januari 2019.
Dalam saman tersebut, Azizan dianggap sebagai “shadow director” yang mengawal keputusan penting syarikat tanpa jawatan rasmi, termasuk urusan pembelian hartanah dan pembayaran yuran guaman.
2. Kontroversi Ijazah Kedoktoran
RichWorks International juga pernah terpalit kontroversi berkaitan status kelulusan akademik Azizan Osman, khususnya mengenai ijazah doktor kehormat (PhD) dari beberapa universiti tempatan.
Terdapat dakwaan bahawa Azizan menerima ijazah dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), namun ketiga-tiga universiti tersebut menafikan pernah menganugerahkan PhD kepada beliau.
RichWorks mendakwa pihak mereka telah menjadi mangsa penipuan individu tertentu dan telah membuat laporan polis berhubung isu ini.
Syarikat juga menjelaskan bahawa Azizan memegang PhD dari Gordon University, Florida, Amerika Syarikat, dan sedang menunggu konvokesyen dari Universiti Hertfordshire, UK.
BACA JUGA: Tun Mahathir – Biodata, Sumbangan & Gelaran
Anugerah & Pengiktirafan
Pada Oktober 2020, sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’.

Pada tahun 2017, Azizan mendapat pengiktirafan Master Coach Bertaraf Dunia yang berprestij oleh International Coach Guild (ICG) Australia atas pengalaman dan kerja beliau dalam latihan dan bimbingan selain kejayaannya untuk mengubah individu dan perniagaan melalui strategi hasil yang berkesan dan metodologi kejurulatihan yang inovatif.
Beliau juga menerima pengiktirafan berikut sepanjang tahun:
- Nona Superhero Award – Nona Men’s Business Mentor Award 2021
- The Brand Laureate e-Branding Brand Leadership Awards 2020
- Top 50 Marketing & Advertising Leaders Award by MADCon Marketing and Advertising Conference 2019 in Dubai
- Entrepreneur Influencer of the Year by Malaysia SME & Entrepreneurs Business Awards 2019
- Master Entrepreneur Creators by Malaysia SME & Entrepreneurship Business Award 2017-2018 Premier Edition
- The 100 Most Influential Young Entrepreneur Award by Entrepreneur Insight 2017
- Best Business Mentorship Provider for Regional Brands by Asia Halal Brand Awards 2017
Penutup
Isu-isu yang melibatkan Azizan Osman dan RichWorks, terutamanya saman dan kontroversi akademik, sedikit sebanyak memberi cabaran kepada reputasi syarikat.
Namun, RichWorks masih kekal sebagai antara peneraju utama dalam bidang latihan keusahawanan di Malaysia, dengan Azizan Osman memainkan peranan penting dalam membimbing dan membangunkan usahawan tempatan.
Rujukan: