free web page counters 6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera – Zing Velom

6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera

Ada ke ubat sakit tekak paling berkesan dijual di farmasi?

Cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini membuatkan ramai yang mengalami sakit tekak.

Selain berjumpa doktor di hospital atau klinik, anda juga boleh mendapatkan ubatan untuk kelegaan tekak dan kerongkong di farmasi.

Anda boleh siapkan stok ubatan ini di rumah, jadi mudah jika anda ingin mendapatkan kelegaan pantas bagi mengubati ketidakselesaan tekak anda.

Sakit tekak dan kerongkong merupakan gejala yang boleh dihadapi oleh setiap peringkat umur. Ia juga boleh datang bersama penyakit lain seperti batuk, demam, dan selesema.

Sebelum membeli ubat sakit tekak farmasi, pastikan ia sesuai dan selamat diambil untuk budak dan orang dewasa.

Jom ketahui 6 jenis ubatan untuk sakit tekak yang selamat buat kanak-kanak dan golongan dewasa, termasuk ibu mengandung.

ubat sakit tekak paling berkesan
Gejala sakit tekak jika dibiarkan boleh datang bersama penyakit lain seperti batuk, demam, dan selesema.

Jenis Ubat Melegakan Sakit Tekak

Terdapat banyak kaedah yang anda boleh praktikkan bagi meredakan sakit tekak.

Ada pelbagai jenis ubat yang anda boleh dapatkan di klinik atau farmasi iaitu :

Ubat Tahan Sakit

Bagi meredakan sakit tekak dan menurunkan suhu badan disebabkan demam, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol (Panadol).

Ada kalanya, ubat selesema juga boleh didapati dengan campuran paracetamol.

Ubat Cecair, Spray dan Lozenge

Ubat ini adalah antara jenis yang paling popular bagi melegakan sakit tekak secara khusus.

Selain meredakan keradangan di bahagian tekak dan kerongkong, ia juga boleh mempunyai sifat antibakteria, antiseptik, antiradang dan bius setempat.

Walau bagaimanapun, sesetengah ubat ini tidak sesuai untuk diambil oleh wanita hamil.

Anda dinasihatkan untuk membeli ubat-ubatan sakit tekak ini mengikut saranan doktor atau ahli farmasi.

Ubat Sakit Tekak Antibiotik

Sekiranya doktor mendapati anda sakit tekak disebabkan jangkitan bakteria, anda mungkin akan diberikan ubat antibiotik.

Meskipun anda sudah pulih dan gejala sudah tiada, anda tetap perlu mengambilnya sehingga habis.

Jika tidak, ia boleh menyebabkan bakteria kebal terhadap ubat tersebut dan tubuh anda sukar untuk melawan penyakit.

ubat sakit tekak antibiotik
Doktor akan berikan ubat sakit tekak antibiotik mengikut keadaan anda.

6 Ubat Sakit Tekak Terbaik yang Anda Boleh Cuba

Berikut merupakan antara ubat farmasi yang anda boleh cuba untuk atasi masalah sakit tekak.

1. Betadine Sore Throat Spray

Penggunaan ubat semburan ini dikatakan mampu memberikan kelegaan pantas bagi sakit tekak.

Ia mampu menyingkirkan sehingga 99.99% kuman serta bakteria yang menyebabkan keradangan tekak.

Saiznya yang kecil juga membuatkan ia ideal untuk dibawa ke mana-mana.

ubat sakit tekak spray betadine

2. Avosil Lozenge

Avosil Lozenge ini mengandungi Cetylpyrinidum chloride iaitu antiseptik ringan yang dapat melawan pelbagai jenis mikroorganisma yang menjadi punca kepada keradangan atau pecah di dalam tekak atau mulut.

Pada masa yang sama, ia juga mempunyai bahan aktif yang dapat melincirkan serta meredakan kawasan yang sakit pada mulut dan tekak.

ubat sakit tekak lozenges avosil

3. Difflam Forte Throat Spray

Berbanding ubat jenama Betadine, Difflam Forte Throat Spray membantu anda untuk mengatasi sakit tekak pada bahagian yang sukar dicapai seperti di belakang tekak.

Ia juga dikatakan mampu mengatasi masalah bengkak atau penyakit mulut yang disebabkan oleh tonsilitis dan ulser mulut.

difflam

4. Hurix Throat Calm Capsule

Ubat ini pula padat dengan herba semula jadi seperti Andrographis Paniculata, Radix Isatis Indigotica, dan Radix et Rhizoma Sophora Tonkinensis bagi meredakan keradangan tekak.

hurix

5. Strepsils Soothing Sore Throat Lozenges

Gula-gula sakit tekak ini mengandungi dua agen antibakteria bagi membantu anda membunuh bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan mulut dan sakit tekak.

ubat sakit tekak strepsil

6. Difflam Plus Anaesthetic Sore Throat Lozenges

Difflam Plus Anaesthetic Sore Throat Lozenges dapat membantu melegakan sakit tekak menerusi benzydamine yang bertindak sebagai antiradang, bius setempat dan antibakteria.

Selain meredakan sakit tekak, ia juga berkesan untuk mengatasi masalah jangkitan pada mulut atau tekak.

ubat sakit tekak difflam

Cara Hilangkan Sakit Tekak

Sakit tekak sering kali berlaku akibat jangkitan virus atau bakteria, serta faktor seperti udara kering atau alergi.

Salah satu cara paling mudah untuk melegakan sakit tekak adalah dengan minum air suam yang mencukupi bagi memastikan tekak tidak kering dan sentiasa lembap.

Berkumur dengan air garam suam juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan membunuh kuman.

Menghisap lozenge atau gula-gula bebas gula boleh merangsang pengeluaran air liur yang membantu menenangkan tekak.

Selain itu, elakkan makan makanan pedas, berminyak, atau terlalu keras yang boleh menambah iritasi pada tekak dan kerongkong anda.

Jika sakit tekak berlarutan lebih daripada beberapa hari atau disertai demam tinggi, sebaiknya dapatkan rawatan doktor.

Kesimpulan

Dengan adanya pelbagai pilihan ubatan untuk sakit tekak di pasaran, ia pasti dapat membantu anda mendapatkan kelegaan segera.

Namun, sekiranya sakit masih tidak reda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.

Sumber : herahealth.co

About admin